Herba / Sayur / Ternakan

Sabtu, 11 April 2009

panduan ternak arnab





Banyak yang bersetuju dengan saya yang arnab ialah binatang yang comel dan mempunyai keinginan untuk pelihara binatang ini. Anda boleh memilih arnab untuk dijadikan pasaran atau sekadar menjadi binatang kesayangan.

Sekiranya anda berniat untuk menjual sebagai pedaging dan menternak (breeding) untuk perniagaan, ini adalah blog yang anda cari-cari selama ini.

Daging arnab mempunyai berpotensi tinggi untuk dikomersialkan didalam dan diluar
negara. Tidak sukar untuk mendapatkan pembeli, kerana setakat ini permintaan melebihi pengeluaran. Kebanyakan restoren cina gemar untuk membeli daging ini.



PEMAKANAN

Arnab tidak memilih makanan TETAPI anda harus bijak untuk mengawal dan konsisten dalam soal memberi makanan. Arnab boleh makan dan tidur sepanjang masa. Jadualkan masa dan jenis makanan yang dimakan dan anda boleh bersedia bekalan yang cukup.


Di sebelah pagi seboleh-bolehnya berikan makanan yang pejal seperti lobak, labu, pisang, tembikai ATAU pallet. Sebabnya, arnab bergerak dengan aktif disiang hari dan memudahkan penghadaman. Anda boleh mendapatkan bekalan lobak dari pembekal atau pekebun. Cuba sedaya upaya untuk dapat harga borong. Langkah ini akan membantu anda untuk minima kos harian. Pallet boleh dibeli guni besar, sekiranya anda memilih untuk komersil.


Tengahari boleh boleh diberi tunbuhan hijau ATAU pallet. Tumbuhan hijau seperti kangkung liar, kangkung tanam, sawi, pucuk balik angin dan sebagainya.Sebelah petang, tumbuhan hijau saja amat memadai.


Ingat, memberi arnab makan buah yang berair separi tembikai, labu dan pisang dalam kuantiti yang banyak disebelah petang boleh menyebabkan arnab cirit-birit.Berisiko tinggi akan berlaku. Sebaik-baiknya, elakkan kerana menyebabkan arnab cirit -birit dengan teruk dan kehilangan banyak air dalam badan dan boleh menyebabkan kematian.


Sayuran hendaklah dibersihkan dari racun sayur dan pasir/tanah. Sediakan banyak air dalam kandang. Air mesti bersih dan harus ditukar selalu sebelum masa makan. Jangan beri arnab anda makanan yang sudah berulat, kotor atau nasi yang basi. Ini akan menyebabkan arnab anda sakit.



SAIZ KANDANG

Arnab merupakan haiwan yang aktif, gemar melompat dan bergerak bebas. Tidak kurang juga aktif mengawan. Memerlukan ruang yang luas dan selesa.


Saiz kandang hendaklah sekurang-kurangnya 28 inci panjang dan 20 inci lebar untuk setiap kandang dan terutamanya untuk arnab yang matang. Kandang hendaklah tinngi sekurang-kurangnya 1 meter dari paras tanah.


Permukaan tanah hendaklah disimen supaya mudah untuk dibersihan dengan air. Tiang kandang boleh berasaskan kayu yang terpakai dan berdindingkan dawai jarang. Pemilihan dawai untuk dinding dan lantai kandang memainkan peranan penting. Beberapa faktor yang perlu dititik berat; dawai yang tidak mudah berkarat dan mudah dibersihan. Dawai yang diselaputi plasik diluar mungkin pilihan ideal TETAPI ingat sekiranya arnab tidak diberi makan secara konsisten, dawai plastik dijadikan makanan sampingan. Ini boleh mendatangkan masalah kepada arnab anda.


Gunakan pagar yang berlubang halus, diseluruh dinding dan beratapkan zink. Lebihkan saiz atap supaya arnab tidak kebasahan apabila hujan. Selain dari itu, sediakan kanvas disetiap penjuru. sekianya hari terlalu panas, kanvas boleh diturunkan untuk menurunkan suhu badan arnab. Arnab cepat gelisah dan tidak selesa sekiranya dalam keadaan panas. Kaedah meletakan kotak tebal yang telah dibuka diatas atap boleh mengurangkan panas yang diserap dari atap zink.


Alaskan setengah lantai kandang dengan surat khbar lama yang tebal / kotak yang sudah dibuka untuk arnab tidur dab berehat. Kaedah ini senang untuk membersihkan kandang.

Kandang hendaklah dibersihkan skurang-kurangnya sekali seminggu dengan menyeburkan air (tekanan tinggi) kedalam kandang. Pastikan arnab anda tiada didalam kandang ketika anda melakukan pembersihan. Kandang hendaklah betul-betul kering sebelum meletak kembali arnab berikut.

Kandang harus mendapat cahaya matahari yang cukup supaya hama dan kutu tidak membiak dicelah bulu arnab. Sekiranya berlaku, semburkan campuran cuka dan air ke badan arnab. Kaedah ini berkesan dan tidak membahayakan arnab.



TEMPOH MATANG & PROSES MENGAWAN

Tempoh matang arnab berbeza mengikut jenis. Anda boleh bertanya kepada pegawai yang bertauliah di jabatan haiwan yang berdekatan, mengenai jenis yang anda ingin komersilkan.


Hanya baka yang terbaik saja boleh dibiakan untuk komersil untuk mendapatan kuantiti dan kualiti yang tinggi. Lakukan pemeriksaan terhadap arnab yang ingin di jadikan baka dan untuk di mengawankan, sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Proses ini amat penting dan dimulakan 1 bulan sebelum tempoh matang dan lanjutkan sehingga proses mengawan.

Tumpukan perhatian kepada luka, jangkitan dan arnab yang sakit. Sekiranya arnab anda mempunyai tanda-tanda sebegini, asingkan dan tempatkan jauh dari yang lain, elakkan dari penyakit berjangkit. Rawat dan jaga arnab sehingga betul-betul sembuh dan pastikan arnab kembali bertenaga dan cergas, boleh kembali ke kandang asal dan bersedia untuk proses mengawan.

Arnab yang terlalu gemuk menjadi tidak aktif dan yang mempunyai masalah katarak, boleh di mengawankan dan kemungkinan besar anak arnab mengikut kateria-kateria berikut. Anak arnab tersebut tidak boleh dikomersilkan.

Sebaiknya, mengawankan arnab yang usia 5 bulan untuk betina dan 6 bulan untuk jantan.Peringatan, arnab mesti mepunyai kandang masing-masing pada usia 2 bulan. 1 kandang 1 arnab.

Bila arnab dalam keadaan yang baik, anda sebagi penjaga yang menentukan masa yang sesuai untuk mengawan. jika tidak dikawal, padah jadinya...Bukan satu gurauan, kerana arnab boleh mengawan seberapa kerap yang boleh setiap hari dan 7 hari seminggu. Ini boleh mendatang masalah terhadap arnab betina.

Tidak boleh lakukan

*mengawan berlainan jenis/baka: ini kerana tidak mencapai tahap komersil dan banyak kajian hendak dilakukan untuk menghasilkan kacukan. Melain anda berniat untuk jadikan kajian sendiri dan sebagai binatang peliharaan sendiri.

*tidak boleh adik-beadik : menghasilkan anak arnab yang kurang ketahanan tubuh badan dan berisiko tinggi untuk cacat anggota badan

Boleh dilakukan:

*Dari baka yang sama tetapi berlaian ibu dan bapa

*Bapa dan anak betina / ibu dan anak jantan: sekiranya anda was-was, jangan mengawankan arnab yang mempunyai hubungan dekat

Proses mengawan: Bawa arnab betina ke dalam kandang arnab jantan, ini kerana arnab jantan lebih selesa dan biasa di dalam kandangnya sendiri. Proses ini harus dilakukan disebelah pagi. Mungkin memakan masa kerana betina mengambil masa untuk menyesuikan diri. Perhatikan, selepas proses selesai, pindahkan arnab betina balik ke kandangnya supaya arnab betina berehat. Lakukan proses in sekali lagi di sebelah petang. Ini untuk memastikan arnab betina mempunyai kemungkinan besar untuk bunting. Jangan dibiarkan pasangan arnab tinggal bersama semalaman. Segala proses ini dilakukan pada hari yang sama.

PROSES BUNTING

Catatkan dalam kalender anda, tarikh arnab mengawan. Anda boleh memeriksa sendiri arnab anda, sama ada bunting atau tidak, diantara 10-14 dari tempoh mengawan. Ada 3 kaedah untuk memeriksa:

1) Arnab tidak suka dipegang, lakukan langkah ini dengan hati-hati, janagn kasar dan jangan terlalu lama. Genggam kedua belah telinga arnab dengan tangan kiri dan rapatkan kebadan anda. Letakan tangan anda dibawah perut arnab, sekiranya anda merasaka beberapa biji sebesar biji guli dan denyut halus, tahniah... keluarga anda bertambah besar.

2) Mungkin ada fikir langkah seterusnya berkesan, mungkin ya, TETAPI boleh menyebabkan masalah kepada arnab betina. Tahu kah anda arnab mempunyai 2 sarang peranakan. Sekiranya arnab anda bunting, tetapi tidak pasti dan anda mengawankan kembali selepas 2 minggu, kedua-dua sarang pernakan arnab betina digunakan dan ini mendatang bahaya kepadanya. Berisiko besar tidak boleh melahirkan anak dan menyebabkan kematian.

3) Sekiranya tidak pasti dan ragu-ragu menggunakan kedua kaedah tersebut, anda boleh tunggu selama 1 bulan 2 minggu atau anda periksa kembali jantina arnab anda. Mungkin ada tersilap letakkan pasangan. Sekiranya anda letakan pasangan yang betul, tetapi tidak bunting dalam tempoh yang telah dinyatakan. Tukarkan pasangan tersebut, pindahkan dengan jantan yang lain. Lakukan langkah yang sama.

Selepas 29 hari dari tempoh mengawan, sediakan tempat untuk anak arnab yang bakal lahir. Pastikan tempat bersih. Hari ke 31, anda akan mendapat anak baru seramai 4-7 ekor (mengikut jenis).


PENJAGAAN ANAK ARNAB

Anak arnab akan bergantung makanan dengan ibunya dan makanan harian akan bertambah.Dalam proses cerai badan, ibu arnab hendaklah dikeluarkan dari kandang untuk beberapa jam untuk mebiasakan ketiadaan ibu arnab , supaya anak arnab tidak bergantung penuh dengan ibunya. Proses ini hanya dilakukan selepas 1 bulan kelahiran.

Saiz kandang dan mengawan sesama adik beradik adalah faktor utama anak arnab harus dipindahkan dari ibu. Anak arnab harus mempunyai kandang masing-masing.

KENALI JANTINA
Agak sukar untuk mengenal pasti jantina arnab terutamanya seawal 3 bulan. Lakukan proses in bila arnab berusia 5 bulan. Langkah ini hendak dilakukan 2 individu, kerana arnab berupaya untuk melepaskan diri. Genggam kedua-dua belah telinga arnab dengan tangan kiri, rapatkan arnab ke badan anda, minta kawan anda meletakkan tangan di bawah kawasan perut dan perhatikan kawasan yang berwarn mereh kelabu, letakan sedikit tekanan dibahagian tersebut, saya pasti anda akan mengecam 'apa' yang timbul.

Sekiranya anda ragu-ragu, bawa arnab anda kepada sesipa yang berpengalaman untuk membantu anda.

Saya berharap huraian saya yang singkat ini membantu anda mendapatkan keyakian dan berjaya dalam bidang ini. Sebarang komen dan pertanyaan, maklum balas dalam blog ini. Saya sedaya upaya untuk membantu anda. Semoga mencuba dan maju jaya.

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]



<< Laman utama