Herba / Sayur / Ternakan

Ahad, 7 Mac 2010

Panduan tanam Rosemary

INFO TANAM:
Rosemary berasal tumbuhan semak di tempat tinggal musim sejuk. Kini Rosemary mempunyai pelbagai jenis, dengan itu, anda mempunyai pelbagai pilihan untuk ditanam di belainan iklim.

Rosemary mempunyai aroma yang wangi dan popular digunakan untuk daging dan sos atau sebagai hiasan.. Minyak dari daun digunakan dalam perubatan dan minyak wangi.

Rosemary suka lokasi cerah, sesuai ditanam di tanah loam. Sekiranya anda tidak mepunyai tanah yang luas, benih/ keratan tanah boleh ditanam di dalam pasu

CARA TANAM:
Biji benih ditabur atas permukaan tanah yang lembap, kemudan taburkan sedikit lapisan pasir untuk mentup biji tersebut- Peringatan, kadar ketumbuhan amat rendah menggunakan biji.

Sekiranya menggunakan keratan batang, pilih batang setinggi 6 inci (muda) kemudian basahkan hujung batang dan celup ke dalam serbuk hormon akar, kemudian terus tanah.

Sekiranya menggunakan pasu, pastikan letak ditempat yang redup dan sentiasa lembap.
Elakan dari menyiram, cuma ‘spray’ untuk mengelakan kulat akar tumbuh. Akar mula tumbuh sekitar 14-20 hari.

Selepas 20 hari, atau tunas baru tumbuh, pindahkan pasu ketempat yang terang/ cahaya matahari secara beransur-ansur selama 2 minggu. Perhatikan, sekiranya pokok mula layu, pindahakn balik ketempat yang redup.

CO-PENANAMAN:
Tanaman rosemary sebelah tumbuhan lain bijak kerana mereka saling merangsang. Rosemary dikatakan mengusir lalat. Ini juga menarik lebah madu.

TUAIAN:
Pokok matang dalam tempoh 6-7 bulan. Untuk mengeringkan, potong semua batang sebelum tumbuh bunga. Ikatkan 10 keratan dalam satu rumpan dengan menggunakan gelang getah. ( Sekiranya telampau banyak dalam satu ikatan akan menyebabkan lembap dan tumbuh kulat)

Gantungkan keratan scara terbalik di tempat gelap dan dingin selama 4-7 hari.

Setelah daun kering, ceraikan daun dari batang dan boleh diproses menjadi serbuk dengan mengunakan mesin blander halus. Pilihan lain, daun tidak perlu diproses, cuma simpan didalam bekas kedap udara.

PENGGUNA:
Aromatik, kosmetik, kuliner, dekoratif, dan minyak aromatik medicinal.The ditambah pada sabun, krim, lotion, parfum, dan toilet perairan. Daun digunakan dalam sachet dan potpourris serta jamu mandi, dan pewarna. Daun segar atau kering boleh digunakan untuk masakan.

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]



<< Laman utama